83: KEDUDUKAN HAMBA DI SISI ALLAH S.W.T |
Perkara biasa sekiranya seseorang itu diganggu
oleh keinginan mahu mengetahui kedudukannya. Keinginan yang baik tidak
lahir dari perasaan mahu menunjuk-nunjuk atau mahu bermegah-megah dengan
pencapaiannya. Sebenarnya dia memerlukan pendorong bagi mendapat keyakinan
yang teguh. Keinginan yang bertujuan meneguhkan keyakinan tidak dianggap
tercela. Nabi Ibrahim a.s pernah memohon kepada Allah s.w.t agar diperlihatkan
kepadanya bagaimanakah mereka yang telah hancur menjadi tanah dibangkitkan
semula, bagi menambah dan memperteguhkan keyakinan beliau a.s. Wali-wali
Allah dikurniakan kekeramatan sebagai menyokong dan memperkuatkan keyakinan
mereka. Orang yang masih di dalam perjalanan juga memerlukan penyokong
bagi memperbaharui semangat juang dan memperkukuhkan keyakinannya. Salah
satu caranya adalah melihat kepada kedudukannya di sisi Allah s.w.t. Allah
s.w.t telah menetapkan beberapa darjat dan memperlihatkan tanda-tanda bagi
darjat masing-masing. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Lihatlah kepada diri kita. Jika kita dikenakan bala itu tandanya kita berada di dalam golongan hamba-hamba yang dikasihi-Nya. Hamba yang dikasihi adalah hamba yang sabar dan reda. Jika tidak ada sabar dan reda itu tandanya kita terkeluar daripada kedudukan hamba yang dikasihi, bala yang dikenakan kepada kita merupakan hukuman terhadap dosa yang kita lakukan. Hamba yang sabar ketika menerima bala adalah hamba yang dipilih oleh Allah s.w.t, kerana hanya yang dipilih oleh-Nya sahaja yang diperteguhkan dengan kesabaran, manakala hamba yang dijauhkan dibiarkan hanyut di dalam keperitan bala. Jika hamba itu naik pula dari sabar kepada reda, itu menunjukkan dia diistimewakan kerana hanya hamba yang istimewa sahaja yang dikurniakan reda, sebab reda mencairkan kesakitan dan keperitan bala lalu menukarkannya menjadi nikmat. Allah s.w.t berfirman: Allah s.w.t menerangkan dengan jelas tentang keadaan hamba-hamba-Nya yang berada dalam makam Mukmin. Lihatlah kepada diri kita dan jawablah sendiri adakah tanda-tanda Mukmin itu ada pada kita atau tidak ada. Jika tidak ada, perbanyakkan sembahyang malam dan bersedekah. Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman dalam Hadis Qudsi: Perkara pokok dalam memahami kedudukan
kita di sisi Allah s.w.t adalah dengan melihat bagaimana keadaan hati kita
terhadap Allah s.w.t. Jika hati kita lalai dari mengingati Allah s.w.t
maka kedudukan kita adalah hamba yang lalai. Jika hati kita kuat bergantung
kepada amal maka kedudukan kita adalah ragu-ragu dengan jaminan Allah s.w.t.
Jika hati kita kuat bertajrid itu tandanya kita didudukkan hampir dengan-Nya.
Jika kita sabar menghadapi ujian bala itu tandanya kita didudukkan dalam
golongan pilihan. Jika kita reda dengan apa juga takdir Allah s.w.t itu
tandanya kita didudukkan dalam kumpulan yang diistimewakan. Jika kita merasakan
diri kita kosong dari segala sesuatu, yang ada hanya Allah s.w.t, itu tandanya
kita berada di dalam makam makrifat. Jika kita berasa senang dengan syariat
yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w itu tandanya kita orang Islam. Jika
gementar hati kita bila mendengar peringatan kepada Allah s.w.t dan mendengar
ayat-ayat-Nya dibacakan itu tandanya kita seorang Mukmin. Jika sifat benar
sebati dengan kita dalam segala keadaan itu tandanya kita seorang muhsinin.
Jika kita menjalankan perintah Allah s.w.t dengan tepat, bersungguh-sungguh
meninggalkan larangan-Nya itu tandanya kita seorang muttaqin. Jika kita
berasa akan kehadiran Allah s.w.t pada setiap ketika itu tandanya kita
seorang muqarrabin. Jika kita merasakan wujud diri kita lebur di dalam
Wujud Mutlak itu tandanya kita seorang ariffin. Jika kita gemar menangis
dalam mengingati Allah s.w.t di samping melihat bala dan nikmat, senang
dan susah, sihat dan sakit, penolakan dan penerimaan dan segala perkara
yang bertentangan tidak lagi berbeza pada penglihatan mata hati kita itu
tandanya kita dikuasai oleh Cinta Allah s.w.t. Jika apa sahaja yang kita
hadapi memperlihatkan Wujud Allah s.w.t itu tandanya kita baqa atau kekal
bersama-sama Allah s.w.t. Lihatlah di mana kita didudukkan, di situlah
kedudukan kita di sisi Allah s.w.t.
|
|
|