98: Penolakan Allah s.w.t Lebih Baik Daripada Pemberian Makhluk |
PEMBERIAN DARI MAKHLUK ADALAH KERUGIAN DAN PENOLAKAN DARI ALLAH ADALAH KEBAIKAN. Hikmat di atas merupakan ucapan ahli tauhid yang sebenarnya. Orang yang benar-benar bertauhid menghukumkan bahawa sekiranya beliau menerima sebarang pemberian makhluk sedangkan hatinya tidak melihat bahawa pemberian itu sebenarnya dari Allah s.w.t, maka dia menerima pemberian itu tanpa hak Firman Allah s.w.t: Firman-Nya lagi: Pegangan tauhid adalah jelas bahawa hanya Allah s.w.t yang berkuasa memberi sementara makhluk hanyalah ejen dalam menyampaikan pemberian itu. Menyambut pemberian dari tangan ejen dengan melupakan Pemberi yang sebenar adalah satu kesalahan yang layak jika dia dikatakan mengambil pemberian itu tidak secara hak. Al-Quran dengan jelas mengajarkan agar tidak berlaku syirik ketika menerima sesuatu, agar pemberian yang diterima itu menambahkan ketakwaan. tauhid juga mengajarkan: Allah s.w.t sahaja Tuhan sekalian alam. Dia menguruskan sekalian makhluk-Nya dengan kemurahan dan kasih sayang. Jika seorang ibu sangat kasih dan mengambil berat tentang anaknya, maka lebih lagi kasih sayang dan perhatian Allah s.w.t kepada makhluk-Nya. Tanda Allah s.w.t mengasihi dan memberi perhatian kepada makhluk-Nya adalah Dia telah mengadakan ketentuan dan pembahagian sejak azali, lama sebelum makhluk diciptakan. Allah s.w.t telah pun mengadakan persediaan yang lebih dari cukup untuk menyambut makhluk yang akan diciptakan-Nya. Setiap makhluk yang Dia ciptakan, sekali pun sebesar zarah, telah pun ditentukan haknya sebelum ia diciptakan. Apabila makhluk sekaliannya diciptakan, masing-masing sudah dinanti oleh hak masing-masing, sudah ada habuan untuk mereka, hanya menunggu masa untuk menerimanya. Tidak ada makhluk yang diciptakan tanpa perkiraan dan habuan untuknya. Apa juga yang diterima oleh makhluk merupakan apa yang Allah s.w.t telah sediakan untuknya. Oleh itu, sangatlah tidak mengenang budi, sesiapa yang menerima sesuatu pemberian tetapi tidak melihat Allah s.w.t sebagai Pemberi yang sebenar. Allah s.w.t telah memberi jaminan: Ia telah menetapkan atas diri-Nya memberi rahmat. ( Ayat 12 : Surah al-An’aam ) Jika ada di antara hamba-Nya yang tidak memperolehi apa yang dia inginkan, sebenarnya penolakan itu adalah rahmat juga dari Allah s.w.t. Allah s.w.t menolak permintaan kamu
kerana Allah s.w.t mahu menyelamatkan kamu dari kemudaratannya. Kamu tidak
mengetahui tetapi Allah s.w.t mengetahui bahaya tersebut. Tanda kasihnya
kepada kamu dielakkan bahaya itu daripada kamu walaupun kamu menyangkal.
Orang yang mengenali sifat Pemurah dan Penyayang Allah s.w.t akan berasa
tenang dan bersyukur tatkala menerima penolakan dari Allah s.w.t kerana
dia yakin bahawa Allah s.w.t telah menyelamatkannya dari sesuatu bahaya
dengan penolakan itu. Jadi, penolakan itu adalah ihsan Allah s.w.t kepada
hamba-Nya yang lemah, jahil, tidak mengetahui apa yang tersembunyi dan
tidak kuat menyelamatkan diri sendiri. Hanya Allah s.w.t yang telah mewajibkan
Diri-Nya memberi rahmat yang bertindak menyelamatkan hamba-Nya walaupun
si hamba itu sendiri tidak menyenanginya. Sekiranya Allah s.w.t menurut
sahaja apa yang diingini oleh hamba-Nya tentu sahaja alam ini penuh dengan
kebinasaan.
|
|
|