113: Orang Arif Berhajat Kepada Allah s.w.t |
Orang arif mempunyai hati yang sangat halus dan adab sopan yang sangat tinggi terhadap Allah s.w.t. Dia mengenali kurniaan dan kekuasaan Allah s.w.t pada nikmat penciptaan dan nikmat kesinambungan kewujudan yang diciptakan Allah s.w.t. Dia mengenali bahawa tiada satu detik pun makhluk terlepas dari pergantungan kepada Allah s.w.t. Tidak ada satu makhluk yang tidak diheret oleh ketentuan Allah s.w.t, sebagaimana firman-Nya: Allah s.w.t sahaja yang memiliki sifat-sifat ketuhanan yang menyebabkan sekalian makhluk berhajat kepada-Nya tanpa ada pilihan lain, dan kepada-Nya juga ditujukan semua ibadat. Apabila Dia menciptakan makhluk ditegakkan hukum ubudiyah kepada mereka. Dia berfirman: Langit dan bumi diciptakan oleh Allah s.w.t. Mereka dapat mendengar wahyu Allah s.w.t, dapat menjawab dan berbuat taat kepada-Nya. Begitu juga hati para arifbillah. Mereka sentiasa mendengar ucapan Allah s.w.t, membalas ucapan-Nya dan taat kepada-Nya. Allah s.w.t berucap tanpa bahasa dan hati mendengar tanpa telinga dan menjawab tanpa lisan. Begitulah hubungan hati para arifbillah. Mereka tidak lekang dari sifat keaslian mereka iaitu berhajat kepada Allah s.w.t, memohon petunjuk dari-Nya dan mentaati-Nya sepenuhnya. Tidak ada lagi hajat keperluan mereka kepada makhluk. Al-Quran menceritakan sifat para hamba yang mengenal Allah s.w.t. Mereka sentiasa menyatakan hajat dan pergantungan kepada-Nya. Mereka memohon pertolongan dan perlindungan-Nya daripada musuh-musuh mereka. Allah s.w.t mengajarkan agar manusia mohon berlindung kepada-Nya daripada musuh-musuh mereka terutamanya syaitan yang sentiasa mengintai peluang untuk mengheret manusia kepada kesesatan. ( Ayat 97 & 98 : Surah al-Mu’minuun ) |
|
|